Tuesday 14 July 2009

SEJARAH PRASEKOLAH SK SERI BUNUT

Prasekolah SK Seri Bunut mula ditubuhkan pada tahun 2007. Ketika mula beroperasi kelas ini hanya mempunyai 18 orang murid sahaja. Guru yang bertugas mengajar di prasekolah ini ialah Cikgu Abdul Shukor bin Abdul Rahman. Mulanya kelas ini menumpang di bilik muzik di tingkat 3 tetapi berpindah ke bangunan sendiri pada bulan Jun tahun yang sama. Ini diikuti dengan kehadiran Pembantu Pengurusan Murid (PPM) iaitu Puan Saidatul Nazilah bt Awal.
Kemudian Pada tahun 2007, kelas ini diberi nama rasmi Kelas Prabijak dengan iringan harapan dan doa moga-moga semua muridnya sentiasa dianugerahi Allah kebijaksanaan dan ketakwaan. . Pada tahun ini juga semakin banyak alatan dan keperluan diperolehi samada dibeli oleh pihak sekolah mahupun dibekalkan oleh pihak PPD Batu Pahat atau oleh JPNJ. Jubah juga dibeli oleh pihak pengurusan Prabijak untuk kegunaan semasa hari konvokesyen.
Majlis Permuafakatan Ibubapa Murid juga telah ditubuhkan sebagaimana disarankan oleh pihak jabatan. Secara amnya majlis ini ditubuhkan untuk membantu pengurusan prabijak untuk meningkatkan mutu pengurusan kelas samada dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, ekonomi, sosial dan sebagainya. Sejak penubuhannya majlis ini telah diketuai oleh 2 orang pengerusi iaitu Puan Siti Zuliah bt Dzali (tahun 2007 dan 2008) dan Puan Norhaida binti Jamil (tahun 2009) Majlis ini telah bergerak aktif merancang banyak aktiviti untuk membantu Prabijak memberi pendidikan dan pendedahan kepada murid-murid. Antaranya program gotong royong membersihkan bilik darjah dan kawasan sekitar, bengkel membuat alatan bantu mengajar dan mengecat mural . Setiap tahun juga diadakan beberapa program perdana antaranya Program Motivasi Ibubapa di Penyabong (2007), Program Hari Keluarga Prabijak di Tanjung Lembu (2008) dan selain itu bebarapa siri Lawatan Sambil Belajar juga telah diadakan. Antaranya Melaka(2008) Kuala Lumpur(2009) dan pada hujung tahun ini insyaAllah murid-murid Prabijak akan dibawa melawat ke Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

0 comments:


Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Bands. Powered by Blogger