Thursday 16 July 2009

Aktiviti Tahunan



Sepanjang tahun 2009 pelbagai aktiviti telah dirancang untuk dilaksanakan oleh murid-murid dan ibubapa. Antaranya ialah:




  1. Januari: Pendaftaran murid baru.


  2. Februari: Mesyuarat Majlis Permuafakatan Ibubapa Prasekolah untuk melantik AJK baru


  3. Mac: Sukan tahunan untuk memilih wakil ke peringkat zon. Sukan peringkat zon diadakan. Sambutan harijadi serentak untuk murid-murid yang menyambut harijadi pada Januari, Februari dan Mac.


  4. April: Mesyuarat AJK Majlis Permuafakatan Kali Ke2 untuk merancang Lawatan Sambil Belajar. Ujian fizikal dan kemahiran kendiri dijalankan.


  5. Mei: Lawatan Sambil Belajar disertai murid-murid dan ibubapa masing-masing.


  6. Jun: Karnival Peringkat Zon diadakan. Setiap sekolah bergilir-gilir menjadi tuan rumah. Sambutan harijadi untuk murid-murid yang menyambut hari lahir pada bulan April, Mei dan Jun.


  7. Julai: Karnival Peringkat Daerah Batu Pahat dijalankan. Mesuarat AJK Majlis Permuafakatan Ibubapa Kali 3 diadakan. Gotong royong untuk membersihkan kelas prasekolah dan membina bahan bantu diadakan.


  8. Ogos: Ujian Fizikal dan kemahiran kendiri dijalankan. Hari terbuka prasekolah diadakan berasingan.


  9. September: Majlis Hariraya diadakan. Marhaban diadakan di setiap rumah murid-murid. Sambutan harijadi untuk murid-murid yang menyambut harijadi pada bulan Julai, Ogos, September, Oktober dan November.


  10. Oktober: Majlis konvokesyen diadakan. Mesyuarat AJK Majlis Permuafakatan Ibubapa Kali 4 diadakan.


  11. November: Program Motivasi Ibubapa Prabijak diadakan. Tahun ini destinasi dirancang ialah Port Dickson, Negeri Sembilan.






Wednesday 15 July 2009

Rekod Kejayaan Prabijak

Sejak mula ditubuhkan hingga kini, walaupun baru berusia setahun jagung, Prabijak telah menempa banyak kejayaan. Antara kejayaan yang telah dikecapi ialah:
1. Johan Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Daerah Batu Pahat tahun 2007.
2. Ketiga lari berganti-ganti 80 meter lelaki Zon Air Hitam 2007
3. Kedua acara lompat tinggi lelaki Zon Air Hitam 2008
4. Kedua lari berganti-ganti 80 meter perempuan Zon Air Hitam 2008
5. Ketiga Baling Bola Lisut Perempuan Zon Air Hitam 2009
6. Ketiga acara Nyanyian Solo Zon Air Hitam 2009

Kelas Prabijak juga telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah Karnival Prasekolah Peringkat Zon Air Hitam untuk acara Nyanyian Solo dan Hafazan. Dengan sokongan dan galakan dari pihak pentadbiran dan guru-guru SK Seri Bunut, acara tersebut telah dapat dilaksanakan dengan sempurnanya pada 25 Jun 2009 yang lalu.

Lokasi Fizikal Dan Zon Prasekolah SK Seri Bunut

SK Seri Bunut terletak lebih kurang 7 kilometer dari Pekan Parit Raja. Dalam jarak 2.5 km dari Parit Raja ke arah Air Hitam, kita akan berjumpa Kg Parit Nipah Laut di sebelah kiri. Ambil arah tersebut dan kita akan sampai di SK Seri Bunut selepas memandu sejauh 4.5 km. SK Seri Bunut mengambil sempena nama kampung di mana sekolah ini berada iaitu Kampung Talang Bunut. Kampung ini juga boleh dimasuki melalui Jalan Air Hitam - Yong Peng, di km 5.5. Jika melalui laluan ini kita akan melintasi beberapa buah kampung antaranya Kampung Olak Batu, Kampung Parit Tengah dan Kampung Parit Marion. Antara sekolah yang berhampiran dengan kampung ini ialah SK Seri Manggis, SK Seri Bandan, SK seri Mendapat, SK Seri Nasib Baik dan SK Tanjung Semberong.
Prabijak berada dalam Zon Air Hitam. Prasekolah yang termasuk dalam Zon Air Hitam ini termasuklah dari SK Seri Sabak Uni, SK Parit Bingan, SK Seri Paya, SK Bukit Kuari, SK Setia Jaya, SK Seri Kemajuan, SK Kota Dalam, SK Air Hitam, SK Seri Bulan, SK Seri Mendapat dan SK Seri Bandan.
Guru-guru prasekolah Zon Air Hitam mempunyai program yang padat setiap tahun. Mereka sangat berdedikasi menjalankan tugas yang diamanahkan.

Tuesday 14 July 2009

SEJARAH PRASEKOLAH SK SERI BUNUT

Prasekolah SK Seri Bunut mula ditubuhkan pada tahun 2007. Ketika mula beroperasi kelas ini hanya mempunyai 18 orang murid sahaja. Guru yang bertugas mengajar di prasekolah ini ialah Cikgu Abdul Shukor bin Abdul Rahman. Mulanya kelas ini menumpang di bilik muzik di tingkat 3 tetapi berpindah ke bangunan sendiri pada bulan Jun tahun yang sama. Ini diikuti dengan kehadiran Pembantu Pengurusan Murid (PPM) iaitu Puan Saidatul Nazilah bt Awal.
Kemudian Pada tahun 2007, kelas ini diberi nama rasmi Kelas Prabijak dengan iringan harapan dan doa moga-moga semua muridnya sentiasa dianugerahi Allah kebijaksanaan dan ketakwaan. . Pada tahun ini juga semakin banyak alatan dan keperluan diperolehi samada dibeli oleh pihak sekolah mahupun dibekalkan oleh pihak PPD Batu Pahat atau oleh JPNJ. Jubah juga dibeli oleh pihak pengurusan Prabijak untuk kegunaan semasa hari konvokesyen.
Majlis Permuafakatan Ibubapa Murid juga telah ditubuhkan sebagaimana disarankan oleh pihak jabatan. Secara amnya majlis ini ditubuhkan untuk membantu pengurusan prabijak untuk meningkatkan mutu pengurusan kelas samada dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, ekonomi, sosial dan sebagainya. Sejak penubuhannya majlis ini telah diketuai oleh 2 orang pengerusi iaitu Puan Siti Zuliah bt Dzali (tahun 2007 dan 2008) dan Puan Norhaida binti Jamil (tahun 2009) Majlis ini telah bergerak aktif merancang banyak aktiviti untuk membantu Prabijak memberi pendidikan dan pendedahan kepada murid-murid. Antaranya program gotong royong membersihkan bilik darjah dan kawasan sekitar, bengkel membuat alatan bantu mengajar dan mengecat mural . Setiap tahun juga diadakan beberapa program perdana antaranya Program Motivasi Ibubapa di Penyabong (2007), Program Hari Keluarga Prabijak di Tanjung Lembu (2008) dan selain itu bebarapa siri Lawatan Sambil Belajar juga telah diadakan. Antaranya Melaka(2008) Kuala Lumpur(2009) dan pada hujung tahun ini insyaAllah murid-murid Prabijak akan dibawa melawat ke Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.


Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Wedding Bands. Powered by Blogger